Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012
Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012

Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012

Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 diadakan malam Jumaat 27 Julai di Stadium Olimpik, London, United Kingdom. Seperti yang dimandatkan oleh Piagam Olimpik, majlis pembukaan tersebut menggabungkan upacara-upacara rasmi (termasuk ucapan alu-aluan, menaikkan bendera dan perarakan atlet) dengan persembahan artistik yang mempamerkan seni budaya negara tuan rumah. Sukan Olimpik 2012 telah dibuka secara rasmi oleh Ratu Elizabeth II. Upacara ini diberi tajuk Isles of Wonder (Pulau-Pulau Keajaiban)[1] dan diarahkan oleh pengarah filem British yang telah memenangi Anugerah Akademi, Danny Boyle, dengan muzik dicipta oleh oleh kumpulan muzik elektronik Underworld.[2]Sebelum London 2012 dianjurkan, sudah ada kebimbangan besar tentang keupayaan Britain untuk mengadakan majlis pembukaan yang boleh mencapai standard yang ditetapkan di Sukan Musim Panas Beijing pada 2008.[3][4][5] Upacara 2008 terkenal dengan skalanya yang besar dan mewah, dan digelar sebagai "yang terbaik".[6] Ia mempunyai kos sebanyak £65 juta, manakala London menghabiskan sekitar £27 juta (daripada £80 juta diperuntukkan bagi empat buah majlis untuk Olimpik dan Paralimpik), yang mana adalah kira-kira dua kali ganda berbanding peruntukan asal.[7] Walau bagaimanapun, upacara pembukaan itu dengan serta-merta dilihat sebagai satu kejayaan besar dan secara meluas dipuji sebagai "karya agung" dan "surat cinta kepada Britain".[8][9][10]Majlis dimulakan pada jam 21:00 BST (Waktu Piawai British) dan berlangsung hampir empat jam.[11] Ia telah ditonton oleh 900 juta penonton televisyen di seluruh dunia[12] dan menjadi majlis perasmian Olimpik yang paling banyak dilihat di kedua-dua UK dan Amerika Syarikat.[13][14] Kandungan sebahagian besar majlis tersebut telah dirahsiakan walaupun melibatkan beribu-ribu sukarelawan dan dua raptai awam. Antara persembahan-persembahan artistik yang ditonjolkan ialah Revolusi Perindustrian di Britain, NHS (Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan), warisan sastera British, serta muzik dan budaya popular, yang dipertontonkan melalui persembahan bertenaga bertenaga dan penggunaan muzik. Dua bahagian yang lebih pendek turut menarik perhatian pengkritik, iaitu melibatkan penampilan kameo oleh Baginda Ratu dan James Bond, dan persembahan secara langsung oleh Symphony Orchestra London disertai oleh pelawak Rowan Atkinson.[15] Kanak-kanak dan golongan anak-anak muda ditampilkan dalam kebanyakan segmen sebagai mencerminkan moto Sukan Olimpik 2012, "Inspire a Generation" (Menginspirasi Sebuah Generasi) yang merupakan aspirasi London untuk Sukan 2012.[16]

Rujukan

WikiPedia: Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 http://www.awardsdaily.com/blog/2012/07/27/danny-b... http://www.cbsnews.com/8301-33747_162-57481790/201... http://www.forbes.com/sites/dorothypomerantz/2012/... http://www.ft.com/cms/s/0/4e49451e-1f76-11e1-9916-... http://www.ft.com/cms/s/2/b022ff6c-f673-11e1-9fff-... http://afp.google.com/article/ALeqM5ibNAUAq-kZNOy3... http://www.heatherwick.com/2012-olympic-cauldron/ http://www.hollywoodreporter.com/news/olympics-cer... http://articles.timesofindia.indiatimes.com/2012-0... http://www.kansascity.com/2012/07/27/3727711/scott...